Friday 3 February 2017

Mesyuarat Persatuan Kampong Lubok Pulau 2017


Tutong - Mesyuarat Ahli Jawatan Tertinggi PEKLAP telahpun diadakan pada 03 Februari 2017 bertempat di Bilik Mesyuarat Stesen Minyak KOPEKLAP, Kg Serambungan Tutong.

Mesyuarat dihadiri oleh Yang DiPertua Peklap iaitu Yang Mulia Ismail bin Bahar dan telah di Pengerusi oleh Yang Mulia Abdullah bin Bakri.

Mesyuarat AJK PEKLAP pada hari tersebut adalah mesyuarat pertama bagi tahun 2017 yangmana mesyuarat tertumpu mengenai program atau perancangan yang akan dilaksanakan pada sesi tahun 2017.

Antara yang dibincangkan mesyuarat pada kali ini adalah perancangan mengenai Hari Keluarga PEKLAP yangmana akan diadakan pada awal April 2017 yang akan diadakan di Masjid Kampong Lubok Pulau. Majlis ini akan dikelolakan oleh Yang Mulia Mejar Mohd Alimin bin Haji Subohi, Ketua Bahagian Belia bersama Majlis Perundingan Kampong serta AJK Masjid Kampong Lubok Pulau dengan bertemakan "Kampongku Ceria" . Mesyuarat bagi acara ini akan dibincangkan pada mesyuarat khusus pada 26 Februari 2017.

Mesyuarat jua membincangkan agenda - agenda lain yangmana antara lain ialah perancangan menyambut Jubli Emas Persatuan Lubok Pulau (PEKLAP) yang akan genap usianya ke 50 tahun dan juga membentangkan kedudukkan kunci kira - kira kewangan PEKLAP yang disampaikan oleh Yang Mulia Haji Sabli bin Haji Mat Yassin, Ketua Bendahari.

Mesyuarat diakhiri dengan bacaan doa selamat yang dikepalai oleh Yang Mulia Abdullah bin Bakri.