Tuesday 25 November 2008

OLE! OLE! PEKLAP F.C ke Separuh Akhir Hari Ini!

Pasukan PEKLAP F.C hari ini akan berantap bersama Pasukan PAMDA diperingkat Separuh Akhir di Padang Sekolah Muda Hashim jam 0400 petang hari ini.

Diharap penyokong - penyokong PEKLAP F.C supaya akan dapat datang beramai - ramai bagi memberi sokongan untuk menyuntik semangat pemain - pemain agar mereka dapat memenangi perlawan tersebut.

Kita doakan agar PEKLAP F.C masuk ke peringkat akhir pada 05 Dismeber 2008.Insya Allah!

Pemain PEKLAP F.C yang akan diturunkan seperti berikut:

Pemain Kesebelasan
  1. Elham (Buffon)
  2. Bahrain (Maldini)
  3. G Shahrul (Caragher)
  4. Md Rafiuddin (Del Pierro)
  5. Amin (Vidic)
  6. Zembu (Sisoko)
  7. Bobby (Lampard)
  8. Redzuan (Torres)
  9. M Alimin (Keane)
  10. Diyen (Lennon)
  11. Mali (Mascherano)
Simpanan
  1. Adil (Zola)
  2. Undeh (Inche)
  3. Alisyah (Lucas)
  4. Joff (Peter Crouch)
  5. Elan (Berbatov)

Sunday 23 November 2008

Majlis Merayakan Warga Emas Kampong Lubok Pulau

Seramai 78 Warga Emas Kampong Lubok Pulau telah diraikan disuatu Majlis Merayakan Warga Emas Kampong Lubok Pulau pada 24 Zulkaedah 1429 bersamaan 23 November 2008 hari Ahad bertempat di Masjid Kampong Lubok Pulau. Majlis ini telah dianjurkan oleh Majlis Perundingan Kampong Lubok Pulau bersama Majlis Tahmir Masjid dan Persatuan PEKLAP yang dipengerusikan oleh Yang Mulia Awg Hj Abd Rahman bin Samad, Ketua Kampong Lubok Pulau.


Tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Hj Idris bin Hj Mohd Ali, Pegawai Daerah Tutong. Pada Majlis tersebut beliau berkesempatan memberi ucapan dan menyampaikan Anugerah Khas kepada Warga Emas Yang Tertua di Kampong Lubok Pulau kepada Yang Mulia Hj Zanai bin Jaafar yang berumur 108 tahun yangmana beliau adalah seorang persara bekas pekerja Minyak Shell Brunei yang masih aktif dalam menjalankan tugas seharian sebagai warga tua.


Pada majlis itu juga, tetamu kehormat juga menyampaikan sijil - sijil penghargaan kepada 78 warga emas di Kampong Lubok Pulau sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang telah berjasa kepada pembangunan negara.

Majlis tersebut juga diraikan dengan ceramah jemputan daripada Jabatan Da'awah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan juga persembahan Dzikir daripada belia - belia lelaki dan wanita Kampong Lubok Pulau.

Tetamu Kehormat ketika memberi ucapan

Ucapan alu - aluan daripada Pengerusi Majlis

Tetamu kehormat bersama jemputan yang lain

Antara warga emas yang hadir

Persembahan Dzikir dari Belia - Belia Wanita

Tuesday 18 November 2008

Syabas Pasukan PEKLAP F.C

Syabas kepada pasukan PEKLAP F.C. yang telah berjaya melangkah ke pusingan separuh akhir Liga TDAFA Daerah Tutong pada 17 November 2008 hari Isnin. PEKLAP F.C. telah berjaya menewaskan Pasukan Kiudang Mungkom dengan jaringan 3 - 2, yang mana gol-gol telah dijaringkan oleh Md Redzuan (Torres) di minit-minit 12 & 84. Gol kemenangan pasukan PEKLAP F.C. dijaringkan oleh Mohd Rafiuddin (Del Piero) pada minit-minit akhir perlawanan.

Perlawanan seterusnya bagi pasukan PEKLAP F.C. ialah peringkat separuh akhir pada 25 November 2008 hari Selasa jam 4 petang; di antara Pasukan PIB atau Pasukan PAMDA. Perlawanan tersebut akan berlansung di Padang Sekolah Rendah Muda Hashim Tutong.

Adalah di harap penyokong-penyokong PEKLAP F.C. akan dapat datang beramai-ramai untuk memberi sokongan kepada pasukan PEKLAP F.C. Hasrat pasukan kita ialah untuk memenangi perlawanan tersebut dan seterusnya berjaya memasuki peringkat akhir pada 05 Disember 2008. Insya Allah!

Sunday 16 November 2008

Perjumpaan Ketua Kampong Lubok Pulau Yang Baru Bersama AJK Tadbir Tertinggi PEKLAP dan Mesyuarat 'Post-mortem' Sambutan 40 Tahun PEKLAP


Hj Abd Rahman bin Samad, Ketua Kampong Lubok Pulau ketika memberi ucapan

Alhamdullilah, pada 6 November 2008 hari Ahad perjumpaan bersama Ketua Kampong Lubok Pulau dan juga selaku Penasihat PEKLAP yang baru dilantik, iaitu Awg Hj Abd Rahman bin Samad, dengan Ahli Jawatankuasa Tadbir Tertinggi PEKLAP telah berlansung di Balai Raya Kampong Lubok.


Pada hari tersebut Ketua Kampong Lubok Pulau telah memberi ucapan penghargaan dan nasihat kepada ahli-ahli Jawatankuasa Tadbir Tertinggi PEKLAP.

Pada pagi itu juga diselajurkan dengan Mesyuarat 'post-mortem' sambutan 40 tahun PEKLAP.

Wednesday 12 November 2008

Perlawanan FUTSAL Keluarga 2008 Kali Kedua

Sukacita dimaklumkan kepada semua ahli PEKLAP, dan keluarga-keluarga Kg.Lubok Pulau, bahawa perlawan FUTSAL KELUARGA 2008 KALI KEDUA, akan diadakan seperti berikut:


  • Hari Ahad, 4hb Januari 2009
  • Bertempat di Komplek Sukan Tutong

Perlawan dibuka untuk ahli-ahli PEKLAP dan penduduk Kg.Lubok Pulau sahaja. Borang-borang penyertaan akan mula diedarkan pada 14hb November 2008, kepada ketua-ketua keluarga. Tarikh terakhir menerima borang penyertaan yang lengkap ialah pada 6hb Disember 2008.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Hj.Md.Soffian bin Hj.Umar, talian 8988918 atau e-mel persatuan.peklap@gmail.com

Berikut adalah gambar-gambar pada perlawan FUTSAL KELUARGA 2006.



Pengerusi Perlawan - Hj.Md.Soffian - memberi penerangan kepada peserta-peserta





Yang Di Pertua, Hj.Asli, merasmikan perlawanan

Aksi perlawanan

Sunday 9 November 2008

Walkathon Muhibbah Sempena 40 Tahun PEKLAP


Alhamdulillah, "WALKATHON MUHIBBAH" sempena penubuhan 40 tahun PEKLAP telah sempurna diadakan hari ini, Ahad, 9hb November 2008. Majlis bertempat di kawasan Balai Raya Kampong Lubok Pulau.

Tetamu kehormat ialah Pegawai Daerah Tutong, Haji Mohd Idris bin Haji Mohd Ali.


Pegawai Daerah Tutong menyampaikan hadiah
kepada seorang anak yatim di Kampong Lubok Pulau

Bersenam aerobik sebelum memulakan "walkathon"

Pegawai Daerah Tutong bersama Penghulu Mukim Tanjong Maya
dan ahli-ahli PEKLAP

Pegawai Daerah Tutong menanda-tangani sijil kenang-kenangan

Bergambar bersama ahli-ahli PEKLAP


Thursday 30 October 2008

Majlis Membaca Ratib Al Atas Dan Doa Kesyukuran Sempena Sambutan 40 Tahun Persatuan Kampong Lubok Pulau (PEKLAP)

Persatuan Kampong Lubok Pulau (PEKLAP) dan penduduk kampong telah mengadakan Majlis Membaca Ratib Al Atas dan Doa Kesyukuran Sempena Sambutan 40 Tahun Penubuhan Persatuan Kampong Lubok Pulau pada 29 Syawal 1429 bersamaan 30hb Oktober 2008 hari Khamis bertempat di Masjid Kampong Lubok Pulau. Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Yang Mulia Pengiran Hj Bahrum Pengiran Hj Bahar, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Kebajikan Belia dan Sukan Negara Brunei Darussalam.

Tetamu Kehormat juga berkesudian menyampaikan Anugerah Penghargaan kepada Pemimpin PEKLAP iaitu
  • Anugerah Khas Pengasas Persatuan PEKLAP kepada Hj Hussein Mahari,
  • Anugerah Pemimpin Berjasa kepada Hj Asli Hj Rasil, dan
  • Anugerah Ahli Contoh kepada Hj Subohi Abd Kadir.


Di sepanjang sambutan 40 tahun PEKLAP beberapa acara akan dijalankan diantaranya ialah Walkaton Muhibbah PEKLAP 40 Tahun pada 09hb November 2008 dan Hari Keluarga PEKLAP pada 01hb Januari 2009 yang mana kedua-dua acara akan diadakan di Balai Raya Kampong Lubok Pulau.


Turut hadir Ketua Kampong Lubok Pulau (Penasihat PEKLAP)


Antara belia PEKLAP yang hadir pada majlis tersebut


Antara ahli wanita yang hadir pada majlis tersebut
Posted by: Mohd Alimin H.S

Saturday 25 October 2008

Sambutan 40 Tahun Penubuhan PEKLAP

Pada 30hb Oktober 2008, PEKLAP menyambut 40 tahun penubuhannya.

Acara-acara sambutan adalah seperti berikut.

Khamis, 28hb Oktober 2008
Majlis sembahyang Maghrib dan Isya, dan doa kesyukuran bertempat di Masjid Kampong Lubok Pulau, Tutong.

Ahad, 2hb November 2008 - DIBATALKAN

Acara sambutan dan pameran galeri PEKLAP bertempat di Balai Raya Kampong Lubok Pulau, Tutong

Ahad, 9hb November 2008

Acara "Walkathon" dan Sukan Ria di Balai Raya Kampong Lubok Pulau, Tutong.

Ahli-ahli persatuan dan penduduk kampung adalah dialu-alukan hadir.

Tuesday 21 October 2008

Gambar-Gambar Semasa Membersihkan Balai Raya

Terima kasih kepada pasukan Bomba Tutong

Membersihkan logo PEKLAP

Saturday 11 October 2008

Logo PEKLAP - Apa Maknanya?

Bentuk Logo:

1. Segi Enam - melambangkan dasar/prinsip kepimpinan
2. Giar 12 Gigi - melambangkan peredaran masa 12 bulan yang berputar-putar
3. Bulatan - melambangkan kawasan setempat
4. Bulan Sabit - melambangkan penyinaran (sebagai panduan)
5. Segi Tiga - bentuk PEKLAP, melambangkan kekukuhan dan perpaduan berpsersatuan

Warna Logo:

1. Hijau - lambang Islam, sebagai teras dan dasar kepimpinan
2. Merah - lambang keberanian, menegakkan yang hak dalam kepimpinan
3. Putih - lambang kesucian dan keikhlasan, dalam pengorbanan memimpin masyarakat
4. Kuning - lambang kedaulatan dengan mendokong falsafah Negara MIB, dan menyanjung
undang-undang perlembagaan persatuan.
5. Emas - lambang keunggulan

Moto Persatuan: "PERSATUAN TERAS KEJAYAAN"

Friday 10 October 2008

Membersihkan Balai Raya Kampung 12hb Okt 2008

Dipelawa semua ahli-ahli PEKLAP dan keluarga, serta orang-orang kampung hadir esuk pagi (12hb Oktober 2008, hari Ahad), untuk sama-sama bergotong royong membersihkan Balai-Raya kita dan sekitarnya.

Kita akan bermula pada pukul 8 pagi.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya (Hj.Md.Soffian, 8988918) atau salah seorang ahli jawatnkuasa PEKLAP.

Sekian harap maklum, dan sila maklumkan kepada semua yang berkenaan.

Friday 19 September 2008

Mesyuarat pada 18hb September 2008

Mesyuarat pada hari Khamis, 18/9/2008 diadakan di Balai Raya Kg.Lubok Pulau. Di antara topik-topik perbincangan pada hari itu ialah:

- Acara-acara sambutan 40 tahun penubuhan PEKLAP
Majlis bertahlil dan kesyukuran
Acara sambutan 40 tahun / galeri foto
Walkathon
- Lantikan jawatankuasa sambutan 40 tahun PEKLAP
- Penempatan khemah-khemah, demo masakan/kraf-tangan, pentas dan galeri foto-foto
- Pemilihan foto-foto untuk galeri pameran
- Aktiviti-akitiviti selanjutnya


Berikut ialah gambar-gambar pada mesyuarat itu.



Md.Azaman (Naib Yg Di Pertua II) beraksi mengambil foto

Yang Di Pertua, Awg.Ismail bin Bahari

Dyg.Hjh.Latipah dan Dyg.Hjh.Rosnahwati

Awg.Hj.Asli bin Hj.Resil, Naib Yg Di Pertua I


Posted by Hj.Md.Soffian

Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi Sessi 2008-2009

Jawatankuasa Tertinggi Sessi 2008-2009:

Yang Di Pertua - Awg.Ismail bin Bahari
Naib Yang Di Pertua I (Pentadbiran) - Hj.Asli bin Hj.Resil
Naib Yang Di Pertua II (Belia) - Md. Azaman Shah bin Hj.Sahari

Pengerusi Tetap
- Awg.Abdullah bin Bakri
Setiausaha - Ak.Abd.Ghani bin Pg.Hj.Suhaili
Bendahari - Hj.Sabli bin Hj.Mat Yasin
Penolong Setiausaha - Hjh.Ratnawati bte Hj.Mohammad
Penolong Bendahari - Hj.Salleh bin Hj.Abdullah

Ketua-Ketua Bahagian:

Ketua Bahagian Ekonomi - Hj.Mahmud bin Hj.Md.Noor
Ketua Bahagian Agama, Kebajikan Dan Pelajaran - Awg.Mohd.Suhud bin Hj.Razali
Ketua Bahagian Penerangan Dan Perhubungan - Awg.Suffian bin Hj.Ahmad
Ketua Bahagian Kesenian Dan Kebudayaan - Hjh.Rosnahwati bte Hj.Mohammad
Ketua Bahagian Sukan - Hj.Md.Asri bin Hj.Resil
Ketua Bahagian Wanita - Hjh.Latipah bte Hj.Sahari
Ketua Bahagian Belia - Md.Alimin bin Hj.Subohi
JKTJ - Dyg.Damit bte Md.Salleh
JKTJ - Hj.Aidilalino bin Hj.Abdullah



Posted by Hj.Md.Soffian

Selamat Datang Ke Laman Web PEKLAP


Logo PEKLAP

Selamat melayari laman web PEKLAP - Persatuan Kampong Lubok Pulau, Tutong.

Laman web ini bertujuan untuk memberi peluang kepada semua ahli-ahli persatuan untuk menyumbang apa jua sumbangan berbentuk maklumat, aktiviti-aktiviti yang telah atau akan dijalankan, dan sebagainya.

Pesatuan ini boleh dihubungi melalui alamat e-mail persatuan.peklap@gmail.com

Laman ini didaftar oleh Hj.Md.Soffian bin Hj.Umar, pada 19hb September 2008.