Monday 18 June 2012

Tutong, 18 Jun 2012 - Persatuan Kampong Lubok Pulau (PEKLAP) pagi ini telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 29 bertempat di Dewan Serbaguna Sekolah Rendah Kg Lubok Pulau dan tetamu kehormat pada mesyuarat tersebut ialah Penasihat PEKLAP, Yang Mulia Haji Abd Rahman bin Samad, Ketua Kampong Lubok Pulau.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al Fatihah yang dipimpin oleh Imam Masjid Kg Lubok Pulau, Yang Mulia Awg Suhud bin Haji Razali. Seterusnya ucapan alu-aluan oleh Yang Di-Pertua PEKLAP, Yang Mulia Awg Ismail bin Bahri.

Selain daripada itu, PEKLAP juga berkesudian menyampaikan derma kepada anak-anak yatim ahli-ahli PEKLAP yangmana derma tersebut disampaikan oleh tetamu kehormat kepada wakil penerima iaitu Pengerusi Bersama Majlis, Yang Mulia Hj Asli bin Hj Rasil.

Adapun tujuan Mesyuarat Agung Tahunan kali ini adalah seperti berikut:
   
  • Membentangkan Keputusan Minit Mesyuarat Agung Tahunan PEKLAP kali 28.
  • Lapuran Setiausaha Agung 2008-2011.
  • Lapuran Bendahari Agung 2008-2011.
  • Membentangkan Pindaan keatas Undang-Undang Tubuh PEKLAP 1968.
Antara lain juga, Mesyuarat Agung Tahunan kali ini adalah bagi membubar Ahli Jawatankuasa Tadbir Tertinggi dan Ahli Jawatankuasa Tadbir 2008-2011 dan melantik Ahli Jawatankuasa Tadbir Tertinggi bagi sesi 2012-2014.

Mesyuarat di akhiri dengan penyampaian hadiah nombor bertuah yang telah disumbangkan daripada ahli-ahli PEKLAP yang berupa hamper dan barang-barang eletrik dan kesemua hadiah-hadiah disampaikan oleh warga-warga emas yang menghadiri mesyuarat tersebut yangmana mereka-mereka ini adalah penyumbang tertubuhnya persatuan ini. 

Sunday 27 May 2012

MESYUARAT PENYELARASAN

Tutong, 27 Mei 2012 - AJK Persatuan PEKLAP telah mengadakan Mesyuarat bagi menyelaras Mesyuarat Tahunan dan Melantik AJK Persatuan PEKLAP yang baru Sesi 2012 - 2014 yangmana akan berlansung pada hari Isnin, 18 Jun 2012. Mesyuarat tersebut telah diadakan bertempat rumah kediaman Yang Mulia Ak Hj Abd Ghani bin Pg Hj Suhaili, Setiausaha Agong PEKLAP.

Acara pada pagi tersebut, dimulakan dengan ucapan daripada Pengerusi PEKLAP dengan membincangkan agenda-agenda yang telah ditetap seperti yang dipersetujui terdahulu.Turut hadir semasa Mesyuarat tersebut ialah Yang DiPertua PEKLAP, Naib yang DiPertua PEKLAP (Pentadbiran I) dan AJK Persatuan PEKLAP.