Tuesday 25 November 2008

OLE! OLE! PEKLAP F.C ke Separuh Akhir Hari Ini!

Pasukan PEKLAP F.C hari ini akan berantap bersama Pasukan PAMDA diperingkat Separuh Akhir di Padang Sekolah Muda Hashim jam 0400 petang hari ini.

Diharap penyokong - penyokong PEKLAP F.C supaya akan dapat datang beramai - ramai bagi memberi sokongan untuk menyuntik semangat pemain - pemain agar mereka dapat memenangi perlawan tersebut.

Kita doakan agar PEKLAP F.C masuk ke peringkat akhir pada 05 Dismeber 2008.Insya Allah!

Pemain PEKLAP F.C yang akan diturunkan seperti berikut:

Pemain Kesebelasan
  1. Elham (Buffon)
  2. Bahrain (Maldini)
  3. G Shahrul (Caragher)
  4. Md Rafiuddin (Del Pierro)
  5. Amin (Vidic)
  6. Zembu (Sisoko)
  7. Bobby (Lampard)
  8. Redzuan (Torres)
  9. M Alimin (Keane)
  10. Diyen (Lennon)
  11. Mali (Mascherano)
Simpanan
  1. Adil (Zola)
  2. Undeh (Inche)
  3. Alisyah (Lucas)
  4. Joff (Peter Crouch)
  5. Elan (Berbatov)

Sunday 23 November 2008

Majlis Merayakan Warga Emas Kampong Lubok Pulau

Seramai 78 Warga Emas Kampong Lubok Pulau telah diraikan disuatu Majlis Merayakan Warga Emas Kampong Lubok Pulau pada 24 Zulkaedah 1429 bersamaan 23 November 2008 hari Ahad bertempat di Masjid Kampong Lubok Pulau. Majlis ini telah dianjurkan oleh Majlis Perundingan Kampong Lubok Pulau bersama Majlis Tahmir Masjid dan Persatuan PEKLAP yang dipengerusikan oleh Yang Mulia Awg Hj Abd Rahman bin Samad, Ketua Kampong Lubok Pulau.


Tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Hj Idris bin Hj Mohd Ali, Pegawai Daerah Tutong. Pada Majlis tersebut beliau berkesempatan memberi ucapan dan menyampaikan Anugerah Khas kepada Warga Emas Yang Tertua di Kampong Lubok Pulau kepada Yang Mulia Hj Zanai bin Jaafar yang berumur 108 tahun yangmana beliau adalah seorang persara bekas pekerja Minyak Shell Brunei yang masih aktif dalam menjalankan tugas seharian sebagai warga tua.


Pada majlis itu juga, tetamu kehormat juga menyampaikan sijil - sijil penghargaan kepada 78 warga emas di Kampong Lubok Pulau sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang telah berjasa kepada pembangunan negara.

Majlis tersebut juga diraikan dengan ceramah jemputan daripada Jabatan Da'awah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan juga persembahan Dzikir daripada belia - belia lelaki dan wanita Kampong Lubok Pulau.

Tetamu Kehormat ketika memberi ucapan

Ucapan alu - aluan daripada Pengerusi Majlis

Tetamu kehormat bersama jemputan yang lain

Antara warga emas yang hadir

Persembahan Dzikir dari Belia - Belia Wanita

Tuesday 18 November 2008

Syabas Pasukan PEKLAP F.C

Syabas kepada pasukan PEKLAP F.C. yang telah berjaya melangkah ke pusingan separuh akhir Liga TDAFA Daerah Tutong pada 17 November 2008 hari Isnin. PEKLAP F.C. telah berjaya menewaskan Pasukan Kiudang Mungkom dengan jaringan 3 - 2, yang mana gol-gol telah dijaringkan oleh Md Redzuan (Torres) di minit-minit 12 & 84. Gol kemenangan pasukan PEKLAP F.C. dijaringkan oleh Mohd Rafiuddin (Del Piero) pada minit-minit akhir perlawanan.

Perlawanan seterusnya bagi pasukan PEKLAP F.C. ialah peringkat separuh akhir pada 25 November 2008 hari Selasa jam 4 petang; di antara Pasukan PIB atau Pasukan PAMDA. Perlawanan tersebut akan berlansung di Padang Sekolah Rendah Muda Hashim Tutong.

Adalah di harap penyokong-penyokong PEKLAP F.C. akan dapat datang beramai-ramai untuk memberi sokongan kepada pasukan PEKLAP F.C. Hasrat pasukan kita ialah untuk memenangi perlawanan tersebut dan seterusnya berjaya memasuki peringkat akhir pada 05 Disember 2008. Insya Allah!

Sunday 16 November 2008

Perjumpaan Ketua Kampong Lubok Pulau Yang Baru Bersama AJK Tadbir Tertinggi PEKLAP dan Mesyuarat 'Post-mortem' Sambutan 40 Tahun PEKLAP


Hj Abd Rahman bin Samad, Ketua Kampong Lubok Pulau ketika memberi ucapan

Alhamdullilah, pada 6 November 2008 hari Ahad perjumpaan bersama Ketua Kampong Lubok Pulau dan juga selaku Penasihat PEKLAP yang baru dilantik, iaitu Awg Hj Abd Rahman bin Samad, dengan Ahli Jawatankuasa Tadbir Tertinggi PEKLAP telah berlansung di Balai Raya Kampong Lubok.


Pada hari tersebut Ketua Kampong Lubok Pulau telah memberi ucapan penghargaan dan nasihat kepada ahli-ahli Jawatankuasa Tadbir Tertinggi PEKLAP.

Pada pagi itu juga diselajurkan dengan Mesyuarat 'post-mortem' sambutan 40 tahun PEKLAP.

Wednesday 12 November 2008

Perlawanan FUTSAL Keluarga 2008 Kali Kedua

Sukacita dimaklumkan kepada semua ahli PEKLAP, dan keluarga-keluarga Kg.Lubok Pulau, bahawa perlawan FUTSAL KELUARGA 2008 KALI KEDUA, akan diadakan seperti berikut:


  • Hari Ahad, 4hb Januari 2009
  • Bertempat di Komplek Sukan Tutong

Perlawan dibuka untuk ahli-ahli PEKLAP dan penduduk Kg.Lubok Pulau sahaja. Borang-borang penyertaan akan mula diedarkan pada 14hb November 2008, kepada ketua-ketua keluarga. Tarikh terakhir menerima borang penyertaan yang lengkap ialah pada 6hb Disember 2008.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Hj.Md.Soffian bin Hj.Umar, talian 8988918 atau e-mel persatuan.peklap@gmail.com

Berikut adalah gambar-gambar pada perlawan FUTSAL KELUARGA 2006.



Pengerusi Perlawan - Hj.Md.Soffian - memberi penerangan kepada peserta-peserta





Yang Di Pertua, Hj.Asli, merasmikan perlawanan

Aksi perlawanan

Sunday 9 November 2008

Walkathon Muhibbah Sempena 40 Tahun PEKLAP


Alhamdulillah, "WALKATHON MUHIBBAH" sempena penubuhan 40 tahun PEKLAP telah sempurna diadakan hari ini, Ahad, 9hb November 2008. Majlis bertempat di kawasan Balai Raya Kampong Lubok Pulau.

Tetamu kehormat ialah Pegawai Daerah Tutong, Haji Mohd Idris bin Haji Mohd Ali.


Pegawai Daerah Tutong menyampaikan hadiah
kepada seorang anak yatim di Kampong Lubok Pulau

Bersenam aerobik sebelum memulakan "walkathon"

Pegawai Daerah Tutong bersama Penghulu Mukim Tanjong Maya
dan ahli-ahli PEKLAP

Pegawai Daerah Tutong menanda-tangani sijil kenang-kenangan

Bergambar bersama ahli-ahli PEKLAP