Tuesday, 23 September 2025

PERTANDINGAN MEMASAK MASTERCHEF KAMPUNG

KAMPONG LUBOK PULAU, TUTONG, 17 OGOS 2025 - Biro Wanita Majlis Perundingan Kampung (MPK) Tanjong Maya dan Lubok Pulau dengan kerjasama Biro Wanita Persatuan Kampong Lubok Pulau (PEKLAP) telah menganjurkan Pertandingan Memasak Masterchef Kampung, bertempat di Balai Raya Kampung Lubok Pulau.

Acara ini dianjurkan untuk memperingati Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-79 tahun.

Objektif-objektif pertandingan ini adalah untuk;

1) Bersempena meraikan Hari Keputeraan KDYMM Sultan ke-79 tahun,

2) Mengeratkan silaturahim antara penduduk Kampung Lubok Pulau dan persekitarannya,

3) Meningkatkan semangat kerjasama dan kekeluargaan di kalangan penduduk kampung,

4) Memberi peluang dan pendedahan kepada penduduk kampong untuk menonjolkan bakat dan kreativiti dalam bidang masakan.

5) Menyokong kegiatan penduduk kampung khususnya wanita untuk bergiat aktif dalam apa jua acara yang diungkayahkan.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Penolong Pegawai Daerah Tutong, Awangku Arif bin Pengiran Haji Ahmad, dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang.

Turut hadir ialah Penghulu Mukim Tanjong Maya, Ketua Kampong Tanjong Maya dan Lubok Pulau, Yang Di Pertua PEKLAP, ahl-ahli MPK dan PEKLAP, dan penduduk-penduduk kampong.

Pemenang pertandingan menerima hadiah serta sijil penyertaan dan peserta-pesrta menerima sijil penyertaan dan saguhati. 

Pemenang pertandingan disandang oleh Dayang Nir Khairin binti Haji Mohammad Soffian, tempat kedua ialah Dayang Razana binti Haji Mohammad, dan tempat ketiga Imam Awang Mohammad Suhud bin Haji Razali.

Dayang Nur Khairin menerima hadiah daripada Tetamu Kehormat

Pihak penganjur pertandingan menyediakan ikan sebagai bahan utama masakan serta bahan-bahan mentah, seperti bawang merah dan bawang putih, daun salad, buah tomato, buah "bell pepper", danlain-lain diperlukan untuk memasak. Peserta-peserta diberi masa 10 minit untuk mengumpul bahan-bahan yang disediakan sebelum pertandingan dimulakan. Peralatan memasak seperti dapur mudah alih ("portable stove"), kuali/periuk dan apa sahaja peralatan yang diperlukan dan sesuai semasa sesi memasak dibawa sendiri oleh peserta. Peserta dibolehkan membawa bahan-bahan sampingan dan bahan-bahan hiasan, piring hidangan untuk dipersembahkan kepada hakim.

Bahan-bahan masakan yang disediakan oleh pihak pengajur.

Kreativiti hiasan pada hidangan adalah diambil kira dalam pemarkahan. Peserta dikehendakimemasak mengikut tema dengan menggunakan bahan-bahan yang disediakan, iaitu masakan ikan "sweet & sour".

Tema masakan yang dipertandingkan ialah “RASA, GAYA DAN KRETIF DALAM SATU HIDANGAN”

Penyertaan terbuka kepada ahli-ahli PEKLAP dan penduduk Kg. Lubok Pulau, dan disertai oleh 12 orang peserta. Mereka terdiri daripada Dayang Norsahaidahrita binti Musa, Dayang Sahiilah binti Ansari, Imam Awang Mohammad Suhud bin Haji Razali, Dayang Arviani Rachman, Awang Abdul Wasi bin Ansari, Dayang Hajah Ros Juliyah binti Haji Mohammad, Dayang Rosnani binti Bakri, Dayang Razana binti Haji Mohammad, Dayang Norini Binti Haji Rasil, Dayang Nur Khairin binti bin Haji Mohammad Soffian, Awang Mohammad Hilman Syahmi bin Mohammad Azaman Shah, dan Dayang Hajah Mahani binti Bakri.

Hakim-hakim terdiri daripada hakim-hakim jemputan yang berkemahiran dan berpengalaman di dalam biday kulineri, iaitu Awang Shuhaimi bin Salim, Dayang Desawati binti Alwi dan Dayang Zainab binti Abdul Rani.

Hakim-hakim menilai masakan seseorang peserta.

MPK Tanjong Maya dan Lubok Pulau berharap agar pertandingan ini dapat diterusakn sebagai acara tahunan yang bukan sahaja memperkukuh silaturrahim dan semangat kerjasama dan kekeluargaan di antara penduduk kampong bahkan membuka pendedahan kepada penduduk kampong untuk menonjolkan bakat dan kreativiti dalam bidang masakan.

Pihak pengajung dan peserta-peserta pertanding bergambar ramai dengan Tetamu Kehormat dan jemputan khas yang lain.



Penegrusi Biro Waninta MPK, Dayang Hajah Latipah binti Haji Sahari menyampaikan ucapan alu-aluan.




















Tuesday, 5 August 2025

Hari Keluarga PEKLAP 2025

Hari Keluarga PEKLAP 2025 telah diadakan pada 10 Julai 2025 bertujuan mengukuhkan ikatan kekeluargaan dan perpaduan sosial, sejajar dengan objektif nasional untuk memperkukuh keharmonian komuniti dan menegakkan nilai-nilai kekeluargaan teras Brunei.

Tetamu kerhormat pada hari ialah Ketua Kampung Tanjong Maya & Lubok Pulau Tutong, Yang Mulia Nur Azmil bin Hj. Ismail. Jemputan – jemputan khas terdiri daripada Pakatan Sang Jati Dusun, Persatuan Tanjong Maya Tutong, Ketua Kampong Bukit Udal dan Penapar, Penghulu Mukim Tanjong Maya.

Perhimpunan ini mempamerkan semangat kesatuan yang kukuh, dengan penyertaan dari kanak-kanak hingga warga emas, melambangkan komitmen bersama komuniti terhadap sokongan bersama dan kesejahteraan kolektif. Lebih daripada sekadar acara sosial, majlis ini melambangkan inti kasih sayang, solidariti, dan ketahanan dalam kampung, merangsang hubungan yang diperbaharui dan memperdalam ikatan antara penduduk.

Kejayaan acara berkenaan adalah hasil usaha gigih Jawatankuasa PEKLAP, sukarelawan komuniti, penyumbang, agensi kerajaan, dan rakan media.

Dengan tema ‘Back Together Again’, PEKLAP menjangkakan perhimpunan tahunan berkenaan menjadi platform strategik untuk memupuk penglibatan komuniti berterusan, mengeratkan penghargaan sesama jiran, dan membina kampung yang aman, harmoni, dan makmur untuk generasi akan datang.


Sumber Media Permata