Monday 18 June 2012

Tutong, 18 Jun 2012 - Persatuan Kampong Lubok Pulau (PEKLAP) pagi ini telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 29 bertempat di Dewan Serbaguna Sekolah Rendah Kg Lubok Pulau dan tetamu kehormat pada mesyuarat tersebut ialah Penasihat PEKLAP, Yang Mulia Haji Abd Rahman bin Samad, Ketua Kampong Lubok Pulau.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al Fatihah yang dipimpin oleh Imam Masjid Kg Lubok Pulau, Yang Mulia Awg Suhud bin Haji Razali. Seterusnya ucapan alu-aluan oleh Yang Di-Pertua PEKLAP, Yang Mulia Awg Ismail bin Bahri.

Selain daripada itu, PEKLAP juga berkesudian menyampaikan derma kepada anak-anak yatim ahli-ahli PEKLAP yangmana derma tersebut disampaikan oleh tetamu kehormat kepada wakil penerima iaitu Pengerusi Bersama Majlis, Yang Mulia Hj Asli bin Hj Rasil.

Adapun tujuan Mesyuarat Agung Tahunan kali ini adalah seperti berikut:
   
  • Membentangkan Keputusan Minit Mesyuarat Agung Tahunan PEKLAP kali 28.
  • Lapuran Setiausaha Agung 2008-2011.
  • Lapuran Bendahari Agung 2008-2011.
  • Membentangkan Pindaan keatas Undang-Undang Tubuh PEKLAP 1968.
Antara lain juga, Mesyuarat Agung Tahunan kali ini adalah bagi membubar Ahli Jawatankuasa Tadbir Tertinggi dan Ahli Jawatankuasa Tadbir 2008-2011 dan melantik Ahli Jawatankuasa Tadbir Tertinggi bagi sesi 2012-2014.

Mesyuarat di akhiri dengan penyampaian hadiah nombor bertuah yang telah disumbangkan daripada ahli-ahli PEKLAP yang berupa hamper dan barang-barang eletrik dan kesemua hadiah-hadiah disampaikan oleh warga-warga emas yang menghadiri mesyuarat tersebut yangmana mereka-mereka ini adalah penyumbang tertubuhnya persatuan ini. 

No comments: