Tuesday, 23 September 2025

PERTANDINGAN MEMASAK MASTERCHEF KAMPUNG

KAMPONG LUBOK PULAU, TUTONG, 17 OGOS 2025 - Biro Wanita Majlis Perundingan Kampung (MPK) Tanjong Maya dan Lubok Pulau dengan kerjasama Biro Wanita Persatuan Kampong Lubok Pulau (PEKLAP) telah menganjurkan Pertandingan Memasak Masterchef Kampung, bertempat di Balai Raya Kampung Lubok Pulau.

Acara ini dianjurkan untuk memperingati Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-79 tahun.

Objektif-objektif pertandingan ini adalah untuk;

1) Bersempena meraikan Hari Keputeraan KDYMM Sultan ke-79 tahun,

2) Mengeratkan silaturahim antara penduduk Kampung Lubok Pulau dan persekitarannya,

3) Meningkatkan semangat kerjasama dan kekeluargaan di kalangan penduduk kampung,

4) Memberi peluang dan pendedahan kepada penduduk kampong untuk menonjolkan bakat dan kreativiti dalam bidang masakan.

5) Menyokong kegiatan penduduk kampung khususnya wanita untuk bergiat aktif dalam apa jua acara yang diungkayahkan.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Penolong Pegawai Daerah Tutong, Awangku Arif bin Pengiran Haji Ahmad, dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang.

Turut hadir ialah Penghulu Mukim Tanjong Maya, Ketua Kampong Tanjong Maya dan Lubok Pulau, Yang Di Pertua PEKLAP, ahl-ahli MPK dan PEKLAP, dan penduduk-penduduk kampong.

Pemenang pertandingan menerima hadiah serta sijil penyertaan dan peserta-pesrta menerima sijil penyertaan dan saguhati. 

Pemenang pertandingan disandang oleh Dayang Nir Khairin binti Haji Mohammad Soffian, tempat kedua ialah Dayang Razana binti Haji Mohammad, dan tempat ketiga Imam Awang Mohammad Suhud bin Haji Razali.

Dayang Nur Khairin menerima hadiah daripada Tetamu Kehormat

Pihak penganjur pertandingan menyediakan ikan sebagai bahan utama masakan serta bahan-bahan mentah, seperti bawang merah dan bawang putih, daun salad, buah tomato, buah "bell pepper", danlain-lain diperlukan untuk memasak. Peserta-peserta diberi masa 10 minit untuk mengumpul bahan-bahan yang disediakan sebelum pertandingan dimulakan. Peralatan memasak seperti dapur mudah alih ("portable stove"), kuali/periuk dan apa sahaja peralatan yang diperlukan dan sesuai semasa sesi memasak dibawa sendiri oleh peserta. Peserta dibolehkan membawa bahan-bahan sampingan dan bahan-bahan hiasan, piring hidangan untuk dipersembahkan kepada hakim.

Bahan-bahan masakan yang disediakan oleh pihak pengajur.

Kreativiti hiasan pada hidangan adalah diambil kira dalam pemarkahan. Peserta dikehendakimemasak mengikut tema dengan menggunakan bahan-bahan yang disediakan, iaitu masakan ikan "sweet & sour".

Tema masakan yang dipertandingkan ialah “RASA, GAYA DAN KRETIF DALAM SATU HIDANGAN”

Penyertaan terbuka kepada ahli-ahli PEKLAP dan penduduk Kg. Lubok Pulau, dan disertai oleh 12 orang peserta. Mereka terdiri daripada Dayang Norsahaidahrita binti Musa, Dayang Sahiilah binti Ansari, Imam Awang Mohammad Suhud bin Haji Razali, Dayang Arviani Rachman, Awang Abdul Wasi bin Ansari, Dayang Hajah Ros Juliyah binti Haji Mohammad, Dayang Rosnani binti Bakri, Dayang Razana binti Haji Mohammad, Dayang Norini Binti Haji Rasil, Dayang Nur Khairin binti bin Haji Mohammad Soffian, Awang Mohammad Hilman Syahmi bin Mohammad Azaman Shah, dan Dayang Hajah Mahani binti Bakri.

Hakim-hakim terdiri daripada hakim-hakim jemputan yang berkemahiran dan berpengalaman di dalam biday kulineri, iaitu Awang Shuhaimi bin Salim, Dayang Desawati binti Alwi dan Dayang Zainab binti Abdul Rani.

Hakim-hakim menilai masakan seseorang peserta.

MPK Tanjong Maya dan Lubok Pulau berharap agar pertandingan ini dapat diterusakn sebagai acara tahunan yang bukan sahaja memperkukuh silaturrahim dan semangat kerjasama dan kekeluargaan di antara penduduk kampong bahkan membuka pendedahan kepada penduduk kampong untuk menonjolkan bakat dan kreativiti dalam bidang masakan.

Pihak pengajung dan peserta-peserta pertanding bergambar ramai dengan Tetamu Kehormat dan jemputan khas yang lain.



Penegrusi Biro Waninta MPK, Dayang Hajah Latipah binti Haji Sahari menyampaikan ucapan alu-aluan.




















Tuesday, 5 August 2025

Hari Keluarga PEKLAP 2025

Hari Keluarga PEKLAP 2025 telah diadakan pada 10 Julai 2025 bertujuan mengukuhkan ikatan kekeluargaan dan perpaduan sosial, sejajar dengan objektif nasional untuk memperkukuh keharmonian komuniti dan menegakkan nilai-nilai kekeluargaan teras Brunei.

Tetamu kerhormat pada hari ialah Ketua Kampung Tanjong Maya & Lubok Pulau Tutong, Yang Mulia Nur Azmil bin Hj. Ismail. Jemputan – jemputan khas terdiri daripada Pakatan Sang Jati Dusun, Persatuan Tanjong Maya Tutong, Ketua Kampong Bukit Udal dan Penapar, Penghulu Mukim Tanjong Maya.

Perhimpunan ini mempamerkan semangat kesatuan yang kukuh, dengan penyertaan dari kanak-kanak hingga warga emas, melambangkan komitmen bersama komuniti terhadap sokongan bersama dan kesejahteraan kolektif. Lebih daripada sekadar acara sosial, majlis ini melambangkan inti kasih sayang, solidariti, dan ketahanan dalam kampung, merangsang hubungan yang diperbaharui dan memperdalam ikatan antara penduduk.

Kejayaan acara berkenaan adalah hasil usaha gigih Jawatankuasa PEKLAP, sukarelawan komuniti, penyumbang, agensi kerajaan, dan rakan media.

Dengan tema ‘Back Together Again’, PEKLAP menjangkakan perhimpunan tahunan berkenaan menjadi platform strategik untuk memupuk penglibatan komuniti berterusan, mengeratkan penghargaan sesama jiran, dan membina kampung yang aman, harmoni, dan makmur untuk generasi akan datang.


Sumber Media Permata

Friday, 3 February 2017

Mesyuarat Persatuan Kampong Lubok Pulau 2017


Tutong - Mesyuarat Ahli Jawatan Tertinggi PEKLAP telahpun diadakan pada 03 Februari 2017 bertempat di Bilik Mesyuarat Stesen Minyak KOPEKLAP, Kg Serambungan Tutong.

Mesyuarat dihadiri oleh Yang DiPertua Peklap iaitu Yang Mulia Ismail bin Bahar dan telah di Pengerusi oleh Yang Mulia Abdullah bin Bakri.

Mesyuarat AJK PEKLAP pada hari tersebut adalah mesyuarat pertama bagi tahun 2017 yangmana mesyuarat tertumpu mengenai program atau perancangan yang akan dilaksanakan pada sesi tahun 2017.

Antara yang dibincangkan mesyuarat pada kali ini adalah perancangan mengenai Hari Keluarga PEKLAP yangmana akan diadakan pada awal April 2017 yang akan diadakan di Masjid Kampong Lubok Pulau. Majlis ini akan dikelolakan oleh Yang Mulia Mejar Mohd Alimin bin Haji Subohi, Ketua Bahagian Belia bersama Majlis Perundingan Kampong serta AJK Masjid Kampong Lubok Pulau dengan bertemakan "Kampongku Ceria" . Mesyuarat bagi acara ini akan dibincangkan pada mesyuarat khusus pada 26 Februari 2017.

Mesyuarat jua membincangkan agenda - agenda lain yangmana antara lain ialah perancangan menyambut Jubli Emas Persatuan Lubok Pulau (PEKLAP) yang akan genap usianya ke 50 tahun dan juga membentangkan kedudukkan kunci kira - kira kewangan PEKLAP yang disampaikan oleh Yang Mulia Haji Sabli bin Haji Mat Yassin, Ketua Bendahari.

Mesyuarat diakhiri dengan bacaan doa selamat yang dikepalai oleh Yang Mulia Abdullah bin Bakri.


Monday, 18 June 2012

Tutong, 18 Jun 2012 - Persatuan Kampong Lubok Pulau (PEKLAP) pagi ini telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 29 bertempat di Dewan Serbaguna Sekolah Rendah Kg Lubok Pulau dan tetamu kehormat pada mesyuarat tersebut ialah Penasihat PEKLAP, Yang Mulia Haji Abd Rahman bin Samad, Ketua Kampong Lubok Pulau.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al Fatihah yang dipimpin oleh Imam Masjid Kg Lubok Pulau, Yang Mulia Awg Suhud bin Haji Razali. Seterusnya ucapan alu-aluan oleh Yang Di-Pertua PEKLAP, Yang Mulia Awg Ismail bin Bahri.

Selain daripada itu, PEKLAP juga berkesudian menyampaikan derma kepada anak-anak yatim ahli-ahli PEKLAP yangmana derma tersebut disampaikan oleh tetamu kehormat kepada wakil penerima iaitu Pengerusi Bersama Majlis, Yang Mulia Hj Asli bin Hj Rasil.

Adapun tujuan Mesyuarat Agung Tahunan kali ini adalah seperti berikut:
   
  • Membentangkan Keputusan Minit Mesyuarat Agung Tahunan PEKLAP kali 28.
  • Lapuran Setiausaha Agung 2008-2011.
  • Lapuran Bendahari Agung 2008-2011.
  • Membentangkan Pindaan keatas Undang-Undang Tubuh PEKLAP 1968.
Antara lain juga, Mesyuarat Agung Tahunan kali ini adalah bagi membubar Ahli Jawatankuasa Tadbir Tertinggi dan Ahli Jawatankuasa Tadbir 2008-2011 dan melantik Ahli Jawatankuasa Tadbir Tertinggi bagi sesi 2012-2014.

Mesyuarat di akhiri dengan penyampaian hadiah nombor bertuah yang telah disumbangkan daripada ahli-ahli PEKLAP yang berupa hamper dan barang-barang eletrik dan kesemua hadiah-hadiah disampaikan oleh warga-warga emas yang menghadiri mesyuarat tersebut yangmana mereka-mereka ini adalah penyumbang tertubuhnya persatuan ini. 

Sunday, 27 May 2012

MESYUARAT PENYELARASAN

Tutong, 27 Mei 2012 - AJK Persatuan PEKLAP telah mengadakan Mesyuarat bagi menyelaras Mesyuarat Tahunan dan Melantik AJK Persatuan PEKLAP yang baru Sesi 2012 - 2014 yangmana akan berlansung pada hari Isnin, 18 Jun 2012. Mesyuarat tersebut telah diadakan bertempat rumah kediaman Yang Mulia Ak Hj Abd Ghani bin Pg Hj Suhaili, Setiausaha Agong PEKLAP.

Acara pada pagi tersebut, dimulakan dengan ucapan daripada Pengerusi PEKLAP dengan membincangkan agenda-agenda yang telah ditetap seperti yang dipersetujui terdahulu.Turut hadir semasa Mesyuarat tersebut ialah Yang DiPertua PEKLAP, Naib yang DiPertua PEKLAP (Pentadbiran I) dan AJK Persatuan PEKLAP.

Sunday, 22 March 2009

PEKLAP AKAN BERMAIN LIGA TDAFA 2009

Untuk makluman bahawa Pasukan Bolasepak PEKLAP akan menyertai Liga TDAFA 2009 yangmana Pasukan Bolasepak PEKLAP akan memulakan perlawanan pada hari Rabu, 01 April 2009 bertempat di Padang Komplex Kebajikan Tutong jam 1600 petang.

Oleh demikian, Pengurus Pasukan Bolasepak PEKLAP ingin memaklumkan bahawa tahun 2009 ini Pasukan Bolasepak PEKLAP tidak membuat banyak perubahan dengan pemain - pemain yang akan menyertai Pasukan Bolasepak PEKLAP bagi Liga TDAFA 2009. Hanya berapa - berapa muka baru yang akan menyertai pasukan bolasepak PEKLAP bagi mengisi posisi - posisi yang difikirkan perlu diisikan dengan pemain - pemain tersebut. Antara pemain yang dikenal pasti ialah Harith posisi pertahan tengah dan c pau penjaga gol bagi mengisi kekosongan jika semasa ketiadaan penjaga gol nombor satu Pasukan Bolasepak PEKLAP iaitu Ilham yang pada masa ini mengikut latihan bersama pasukan DPMM F.C.

Pemain - Pemain Bolasepak PEKLAP pada musim kali ini ialah seperti berikut:-
  1. Elham (Buffon)
  2. Bahrain (Maldini)
  3. G Shahrul (Caragher)
  4. Md Rafiuddin (Del Pierro)
  5. Amin (Vidic)
  6. Zembu (Sisoko)
  7. Bobby (Lampard)
  8. Redzuan (Torres)
  9. M Alimin (Keane)
  10. Diyen (Lennon)
  11. Mali (Mascherano)
  12. Adil (Zola)
  13. Undeh (Inche)
  14. Alisyah (Lucas)
  15. Elan (Berbatov)
  16. Wadi (Babel)
  17. Harith (Woodgate)
  18. C Pau (Reina)
Penaung Pasukan: Haji Asri bin Hj Rasil
Pengurus Pasukan: Awang Latif bin Jaya
Penolong Pengurus Pasukan: Mohd Alimin bin Haji Subohi

Diharap penyokong - penyokong Pasukan Bolasepak PEKLAP supaya akan dapat hadir untuk menyaksikan perlawanan sulung Pasukan Bolasepak PEKLAP di LIGA TDAFA 2009 dan akan dapat memberi sokongan moral bagi pasukan bolasepak kesayangan kita.

Disini juga bagi ahli - ahli PEKLAP yang ingin menyumbang kepada Pasukan Bolasepak PEKLAP seperti minuman dan lain - lain lagi hendaklah menghubungi terus kepada pengurus atau penolong pengurus.

Wednesday, 4 February 2009