Saturday 31 January 2009

Futsal Keluarga 2009

Kompleks Sukan, Tutong - 25hb Januari 2009

Perlawanan Futsal Keluarga 2009 telah berjaya dilaksanakan pada hari Ahad, 25 Januari 2009, bertempat di Kompleks Sukan Tutong. Ia dianjurkan oleh Keluarga Allahyarham Hj.Mohammad bin Hj.Gemok, dengan kerjasama Badan Belia Persatuan Kampong Lubok Pulau Tutong (PEKLAP).

Acara bermula seawal pukul 6.45 pagi. Sebelum itu, acara undian pasukan telah diadakan pada malam sebelumnya, 24 Januari 2009. Penentuan kumpulan telah dijalankan secara undian yang dihadiri oleh ketua-ketua dan wakil-wakil pasukan. Perlawanan tahun ini disertai 14 buah pasukan iaitu:

  • MG United
  • Al-Falah FC
  • Hj.Taha FC
  • Pak Dukun United
  • Saidah FC
  • GPS United
  • 49 'ers
  • Tok Janggut
  • Hj.Subohi FC
  • Sahat FC
  • Mala-Mala Gala
  • Bakri FC
  • Hj.Rasil FC
  • Palee Lamin Diipar B (Keluarga Noralam)

Pasukan MG United

Pengadil-pengadil perlawanan terdiri daripada ahli-ahli Persatuan Pengadil Futsal Daerah Tutong. Mereka memberi penerangan peraturan permainan futsal sebelum perlawanan dimulakan.

Acara dimulakan dengan penerangan ringkas daripada pengerusi perlawanan, Awg.Hj.Mohd.Soffian bin Hj.Umar. Beliau amat bersyukur kerana perlawanan kali ini dapat dilaksanakan dan mengingatkan pemain-pemain akan peraturan-peraturan penting perlawanan. Beliau juga berharap pemain-pemain bermain dengan baik dan adil dan penyokong-penyokong yang terdiri daripada keluarga masing-masing akan terhibur.

Selepas ucapan Pengerusi, acara diteruskan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang di ketuai oleh Imam Mohd.Suhud bin Hj.Razali.

Perlawanan pertama ialah di antara pasukan penganjur, MG United menentang Sahat FC dalam Kumpulan 'A'. Sahat FC memenangi perlawanan dengan jaringan 2 goal tidak berbalas.

Perlawanan kumpulan iaitu "Group Round" berakhir pada sebelah tengah hari dengan menyaksikan 8 buah pasukan masuk ke pusingan suku akhir. Pasukan-pasukan tersebut ialah Sahat FC, Mala-Mala Gala, Pak Dukun United, Tok Janggut FC, Hj.Taha FC, Bakri FC, GPS FC dan Hj.Subohi FC.

Di samping perlawanan futsal dewasa, pihak penganjur juga mengadakan perlawanan futsal bagi kanak-kanak berumur di antara 12 hingga 15 tahun. Penyertaan adalah sangat mengalakkan, di mana mereka dibahagikan kepada 2 buah pasukan. Mereka mengelar pasukan masing-masing dengan nama-nama "Anak-Anak Manchester" dan "Anak-Anak Tutong". Sebelum perlawanan, mereka ditunjuk ajar dan dilatih oleh pihak pengajur.

Perlawanan berakhir dengan tiada jaringan dan ditentukan melalui tendangan penalti yang berakhir dengan kemenangan kepada pasukan "Anak-Anak Tutong".

Antara aksi - aksi perlawanan futsal kanak - kanak

Sebanyak 4 buah pasukan mara ke pusingan separuh akhir dengan keputusan berikut;

  • Sahat FC v Hj.Rasil FC

  • Pak Dukun United v Hj.Subohi FC
Antara aksi - aksi penyokong pada hari tersebut

Sebelum pusingan akhir berlangsung, pihak penganjur telah mengadakan permainan bola bagi kanak-kanak dan ahli-ahli keluarga.

Tetamu kehormat, Awg. Hj.Idris bin Hj.Mohd.Ali, Pegawai Daerah Tutong dan isteri hadir pada pukul 5 petang bagi acara perlawanan akhir dan penyampaian hadiah. Mereka dialu-alukan oleh pengerusi perlawanan, ahli-ahli jawatankuasa penganjur dan ahli-ahli tertinggi PEKLAP. Juga turut hadir pada hari tersebut ialah Ketua Kampong Lubok Pulau, Awg.Hj.Abd.Rahman bin Samad.

Di dalam ucapan alu-aluannya, pengerusi perlawanan, Awg.Hj.Mohd.Soffian, menjelaskan tujuan perlawanan ialah untuk mengeratkan tali silaturrahim kekeluargaan di antara ahli-ahli PEKLAP dan penduduk kampong dan untuk menjadikan bersukan sebagai riadah yang menjurus kepada kesihatan. Beliau merakamkan penghargaan kepada tetamu kehormat, kepada semua yang terlibat menjayakan acara itu, kepada pengadil-pengadil, kepada semua keluarga yang menyertai, dan kepada PEKLAP.

Keluarga Tok Janggut (Hj.Abdullah bin Saradin)

Perlawanan akhir ialah di antara Hj.Subohi FC dan Sahat FC. Hj.Subohi FC merupakan Juara Perlawanan Futsal Keluarga pada tahun 2006. Perlawanan berakhir dengan seri kosong sama. Penentuan pemenang ialah melalui tendangan penalti dan dengan satu tendangan yang tidak menepati pintu goal, Hj.Subohi FC tewas kepada Sahat FC dengan jaringan 3 - 2.

Salah seorang pemain Sahat FC mengangkat Piala Pusingan

Tetamu kehormat menyampaikan Piala Pusingan kepada Sahat FC dan juga menyampaikan hadiah-hadiah saguhati kepada semua pasukan yang menyertai perlawanan.

Hj.Idris diperkenalkan kepada pengadil-pengadil

Piala Pusingan disampaikan kepada ketua pasukan Sahat FC

No comments: