Sunday 4 January 2009

Futsal Keluarga 2009

Dua mesyuarat telah diadakan pada hari Ahad, 7hb Disember 2008 dan hari Ahad, 4 Januari 2009. Ianya diadakan di rumah Allahyarham Hj.Mohammad bin Hj.Gemok, dan dipengerusikan oleh pengerusi jawatankuasa perlawanan futsal keluarga 2009, Hj.Md.Soffian bin Hj.Umar.

Hadir ialah ahli-ahli jawatankuasa perlawanan dan ketua-ketua pasukan yang menyertai perlawanan.

Sukacita dimaklumkan bahawa perlawanan akan diadakan pada:

  • hari Ahad, 25hb Januari 2009,
  • bertempat di Kompleks Sukan Tutong,
  • bermula jam 7 pagi.
Sebanyak 14 buah pasukan menyertai perlawanan kali ini; yang dibahagikan kepada 4 kumpulan pada pusing awal perlawanan.

Perlawan akhir dijadualkan bermula pada pukul 5.10 petang.

Di samping perlawanan futsal itu nanti, jawatankuasa perlawanan juga telah merancang permainan untuk kanak-kanak dan keluarga.

Ahli-ahli PEKLAP dan penduduk kampung Kg.Lubok Pulau, serta keluarga masing-masing adalah dipelawa hadir, bagi sama-sama menyokong pasukan-pasukan keluarga awda serta mendokong hubung silaturrahim sesama kita.


Sesi mesyuarat pada 4hb Januari 2009

Oleh Hj.Mohd.Soffian

No comments: